Cari Artikel

Monday 24 June 2013

Malam Nisfu Sya'ban.... Inilah momen yang tepat untuk memohon ampun kepada-Nya atas segala Dosa.

Malam Nisfu Sya'ban tahun 2013 ini  (15 Sya'ban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (malam Senin ) 23 Juni 2013. Pada malam Nisfu Sya,ban, buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu. 

Sahabat Rudie Blog, Nisfu Sya'ban adalah peringatan pada tanggal 15 bulan kedelapan (Sya'ban) dari kalender Islam. Hari ini juga dikenal sebagai Laylatul Bara’ah atau Laylatun Nisfe min Sha’ban di dunia Arab, dan sebagai Shab-e-barat[ di Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Iran dan India. Nama-nama ini diterjemahkan menjadi "malam pengampunan dosa", "malam berdoa" dan "malam pembebasan", dan seringkali diperingati dengan berjaga sepanjang malam untuk beribadah. Di beberapa daerah, malam ini juga merupakan malam ketika nenek moyang yang telah wafat diperingati.

MalamNisfu Sya,ban adalah malam yg penuh berkah dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Hingga  Rasulullah SAW bersabda : “Apabila tiba pada malam Nisfu Sy,aban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. juga meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada malam itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Sya,ban) dan  bersolat dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengaar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku mohonkan kemaafan-Mu daripada apa yg akan diturunkan dan aku mohonkan keredhaan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan aku berlindung kpd-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri.”Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Sya'ban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Sya'ban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYA'BAN YANG SEBAIKNYA DILAKUKAN

@Setelah selesai melakukan solat sunah Ba’diyah Maghrib atau Isya, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan ke 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sehat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan berkah

@Perbanyak Istighfar
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil
 
@Perbanyak Solat-sholat Sunnah
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.
 
@Membaca Al-Qur'an
@Memperbanyak Sedekah
@Memperbanyak Sholawat dan Doa
@Perbanyak Tahlil, Tasbih,dan Tahmid
Lafalzkan subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar

Mengingat begitu mulianya malam nisfu sya'ban, Maka sudah sepantasnya  kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam tersebut. Semoga Dosa-dosa kita yang sudah berlalu memperoleh ampunan dari-Nya, serta diberi umur yang bermanfaat, riuzki yang baik, dan kesehatan yang berlimpah. Aamiin........

0 comments:

Post a Comment